Pages

Thursday, May 27, 2010

Dari Meja Mugilan: Kenapa tunggu sampai bapa berundur?

The Star reported, S. Vell Paari, the only son of the MIC president, has pledged to quit all his party positions once his father resigns in 2011.

Saya kurang faham dengan mainan silap mata yang sedang diusahakan oleh ahli CWC yang baru dilantik melalui pintu belakang EnCik S.Vell Paari. Beliau mengeluarkan kenyataan akhbar kononnya akan meletakkan jawatan apabila bapanya berundur.

Encik S.Vell Paari sepatutnya harus faham perbezaan ikatan keluarga dengan hierarki dalam parti. MIC bukan parti milik keluarga Dato’ Seri S.Samy Vellu. MIC adalah asset masyarakat India. Dalam konteks yang demikian, tidak perlu setiap kali kenyataan akhbar dikeluarkan ikatan keluarga didahulukan kerana satu dunia tahu apa hubungan antara kedua berdua.

Persoalan yang ingin saya kemukakan ialah kenapa nak tunggu Dato’ Seri S.Samy Vellu berundur. Kalah dah ada hajat di hati untuk berundur sepatutnya tolak terus lantikan pintu belakang. Tak perlu tunggu sehingga Presiden berundur. Oleh yang demikian saya cadangkan agar Encik S.Vell Paari berundur serta merta dari bersandiwara untuk berundur sama seperti presiden parti.

No comments:

Post a Comment