Pages

Friday, May 28, 2010

Dari Meja Mugilan: Tahukah Anda?

1. Liberal Democratic Party (LDP) telah memerintah negara Jepun selama 50 tahun tetapi dalam pilihanraya umum Ogos tahun 2009 LDP telah kalah kepada Democratic Party of Japan (DPJ). DPJ adalah sebuah parti yang berusia 10 tahun dengan kepimpinan yang dinamik dan strategik berjaya mengalahkan LDP yang berumur melebihi 50 tahun. LDP adalah parti pemerintah yang bertanggungjawab memodenkan Jepun sehingga dikenali di seluruh pelusuk negara namun hari ini menjadi pembangkang. Tahukah anda di mana kesilapannya? Kenapa sebuah parti yang telah membangunkan negara Jepun dari kemusnahan bom nuklear ditolak oleh para pengundi?

2. Alasan penolakan adalah ringkas tetapi impaknya sangat tinggi menyebabkan LDP menjadi pembangkang di Parlimen Jepun. Hasil analisa menunjukkan justifikasi berikut punca LDP kalah pilihanraya;

i. perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan parti;

ii. tidak ada strategi politik yang relevan kepada keadaan sosio-politik semasa;

iii. tahap populariti yang semakin menurun kerana keengganan pemimpin parti berundur dan memberikan peluang kepada generasi baru;

iv. kegagalan untuk menjana semuala ekonomi negara yang semakin merosot;

v. gagal memahami kehendak pengundi. Pengundi mahukan perubahan tetapi pemimpin enggan menerima seruan perubahan;

3. Apabila saya menganalisa semula kedudukan parti LDP dengan MIC, saya mula bimbang. Apakah MIC akan turut menerima nasib seperti LDP?

i. Perasaan tidak puashati masyarakat India sangat tinggi terhadap kepimpinan Dato’ Seri S.Samy Vellu namun beliau enggan berundur malah ingin terus kekal dalam jawatan. Apakah masyarakat India akan mengambil ketetapan hanya kekalahan MIC dalam pilihanraya umum boleh mengundurkan Dato’ Seri S.Samy Vellu? Sekiranya ketetapan ini diambil oleh seluruh pengundi di Malaysia bukan sahaja MIC malah BN sendiri akan menjadi pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Kerana beliau seorang, tempiasnya akan dirasai oleh seluruh ahli komponen BN.

ii. MIC tidak mempunyai strategi politik jangka panjang sama seperti LDP. Aset sebuah parti adalah keahlian golongan muda yang berpelajaran. Namun dalam konteks MIC, pemuda India yang berpelajaran lebih sealiran dengan parti pembangkang. Golongan berpendidikan menyokong pembangkang kerana strategi pembangkang yang menyediakan saluran yang bersesuaian dengan jiwa pemuda.Tetapi di bawah kepimpinan Dato’ Seri S.Samy Vellu bukan sahaja tiada saluran yang selari dengan jiwa pemuda malah ruang untuk mengutarakan pandangan yang kritis tetapi bernas turut ditutup kerana risau kebangkitan golongan terpelajar yang dapat menghidu penyalahgunaan kuasa dan kepincangan pentadbiran aset parti.

iii. Tahap populariti Dato’ Seri S.Samy Vellu telah jatuh ke indeks yang paling rendah namun beliau masih beranggapan bahawa masyarakat India mahukan kepimpinan beliau diteruskan. Dalam hal ini saya tidak mempersalahkan beliau semata-mata tetapi penyangak dan kaki ampu yang mengelilingi beliau wajar dipersalahkan. Tahap populariti yang rendah ini akan mempunyai kesan dalam pilihanraya umum akan datang.

iv. Dato’ Seri S.Samy Vellu telah menggagalkan satu projek pembangunan ekonomi masyarakat India yang pada awalnya mendapat sokongan di luar jangkaan. Aspirasi untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat India melalui Maica Holding berakhir dengan kegagalan dan kerugian bernilai berjuta ringgit. Dividen hanya di bayar pada awal beberapa tahun selepas itu sehingga kini tidak ada apa-apa bayaran. Kalau ditanya mengenai bayaran dividen, pecahlah kepala yang bertanyakan dividen. Atas initiatif Kerajaan Malaysia pelaburan modal akan di bayar semula namun apakah pemegang saham akan berpuas hati apabila pulangan mereka selepas 26 tahun adalah lebih rendah dari nilai yang dilaburkan? Yang melucukan bapa dan anak “syok sendiri” kononnya telah berjaya menyelesaikan satu masalah yang besar. Persoalannya kenapakah semua perniagaan yang dijalankan oleh keluarga beliau menerima pulangan keuntungan yang berjuta ringgit tetapi perniagan rakyat melalui Maica Holdings menerima RM0 dividen dan hutang syarikat bertimbun?

v. Aspirasi masyarakat India hanya satu. Mereka mahu Dato’ Seri S.Samy Vellu berundur SEGERA. Malangnya beliau bersandiwara seolah-olah tidak memahami seruan rakyat. Implikasinya amat tinggi bukan sahaja kepada MIC tetapi BN akan turut tersungkur sekiranya tiada jalan penyelesaian yang drastik.

4. Berdasarkan analisa LDP ke atas MIC adalah amat jelas kemungkinan untuk MIC berdepan dengan kekalahan yang lebih buruk menunggu di dalam pilihanraya umum akan datang. MIC memerlukan langkah drastik dan pembaharuan tersebut hanya boleh dilaksanakan setelah Dato’ Seri S.Samy Vellu berundur. Malangnya beliau enggan berundur kerana sedang merangka strategi untuk membolehkan anak beliau Encik S.Vell Paari (yang baru dilantik sebagai ahli CWC melalui pintu belakang) dipilih ke jawatan utama parti dalam pemilihan 2012. Kepentingan keluarga dan diri diberikan keutamaan tetapi suara rakyat dan kepentingan parti diabaikan.

5. MIC harus diselamatkan dari dimusnahkan oleh individu yang berkepentingan peribadi. Satu-satunya peluang yang ada hanyalah penyertaan beramai-ramai dalam pelancaran GAS pada 30 Mei 2010 di PWTC. Marilah kita berganding bahu selamatkan MIC daripada terkubur.

2 comments:

  1. Saya ingin tahu, kenapa pada hari ini anda mengemukakan soalan tesebut, sedangkan kami telah lama mempertikaikan kedudukan dan masaalah yang telah beliau timbulkan selama 31 tahun dalam pemerintahan didalam kerajaan mahupun didalam parti MIC hanya penyamun yang telah samun masyarakat selama 31 tahun!. Kami lama telah sedar dan sehingga bangkit semula pada tahun 2007 Nov 25. Kemana anda semua pergi? Selama ini anda semua sama telah makan habuan beliau dan terus mengampu! tetapi hari ini tidak dapat pangkat dan apa yang telah diminta sama sekali telah ditolak, baru sedar pemimpinana DSSV telah nyayakan masyarakat India selama 31 tahun. Saya amat kesal kenapa anda semua baru hendak kemukakan GAS dan kenapa baru sedar sedangkan Kami berjuang di Medan Ampang pada pada 0600 sehingga 1400 tanpa makan minum, mandi terus nerjuang untuk kepentingan Masarakat India daripada kepentingan Kami? Dimana anda pergi pada masa itu? Apaka anda nampak perjuangan kami dimedan ampang melakui multimedia ataupun terus sampai ditempat kami atau terus membantah perjuaangan kami dengan Komponan BN?
    Saya menasihatkan agar berfikir dengan fikiran waras?

    ReplyDelete
  2. Hallo samyjb.......... apa u merepek. Itu dulu... adakah dulu u berani bantai Samy Vellu? Bila skrg ada GAS hasil dari keterlaluannya Samy Vellu, u pun ikut ikut mau cari publisity. Kalau u faham, support saja sudah la. Mungkin dulu masa u gagal. Kalau kali ini boleh berjaya, kira ok la tu.

    ReplyDelete