Pages

Wednesday, May 26, 2010

Dari Meja Mugilan: Mampukah MIC bernyawa tanpa BN?

KUALA LUMPUR: MIC Youth chief T. Mohan is asking party leaders to review MIC’s presence in the Barisan Nasional as he claimed that the Putra World Trade Centre has been booked under Umno’s name to hold the Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) gathering on Sunday.

Saya terkejut besar apabila membaca The Star sebentar tadi mengenai cadangan Ketua pemuda MIC yang meminta Jawatankuasa Pusat MIC (CWC) untuk menilai semula kedudukan MIC dalam Barisan Nasional. Kenyataan akhbar yang tidak berdasarkan pemikiran rasional dan logik menimbulkan persoalan kematangan politik Ketua Pemuda MIC.

Kenyataan akhbar itu juga menunjukkan sikap opportunist Ketua Pemuda. Apabila sudah pasti beliau tidak akan di lantik sebagai Senator beliau cuba menggunakan kaedah ugutan kepada Barisan Nasional untuk menilai semula kedudukan parti dalam BN. Persoalannya apakah MIC boleh hidup tanpa payung bernama Barisan Nasional? Pilihanraya umum ke 12 telah membuktikan tidak ada parti politik dalam Malaysia yang boleh hidup secara sendirian. Kemungkinan besar Encik T.Mohan tidak memahami realiti politik semasa.

Saya berharap;

Pemimpin MIC di dalam Kabinet tampil ke depan memberikan penjelasan apakah pendirian mereka berhubung dengan kenyataan akhbar tersebut;

Apakah pendirian T.Mohan di sokong oleh Presiden parti Dato’ Seri S.Samy Vellu?;

Apakah Encik T.Mohan dan Encik S.Vell Paari akan dirujuk kepada jawatankuasa displin parti kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang melanggar prosedur dan kepentingan parti? Satu alasan yang selalu digunakan oleh Dato’ Seri S.Samy Vellu untuk memecat pemimpin-pemimpin MIC yang tidak sehaluan dengan kehendak kuasa politik beliau.

1 comment:

  1. Biar MIC keluar parti dan BN akan dapat parti baru mengantikan MIC ini akan memberi sokongan kuat kepada BN dari masyarakat india.

    ReplyDelete