Pages

Tuesday, May 25, 2010

Hot News: Mugilan Press release on Appointed CWC Vell Paari allegation

Maklum Balas Sidang Media Ahli CWC Yang Baru Dilantik oleh Dato’ Seri S.Samy Vellu

1. Encik Vell Paari, ahli CWC MIC yang baru dilantik oleh ayah beliau Dato’Seri S.Samy Vellu telah mengeluarkan kenyataan akhbar kononnya UMNO adalah pemandu utama kepada Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang akan dilancarkan pada 30 May 2010 nanti. Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya kenyataan akhbar tersebut kerana GAS telah diilhamkan oleh saya sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak. Saya tidak memerlukan fikiran pihak ketiga kerana saya mampu berfikir secara rasional demi kepentingan parti. Menuding jari kepada pihak ketiga membuktikan Dato’ Seri Presiden dan anaknya yang baru dilantik mengikut jalan belakang mula khuatir dengan sokongan yang saya terima. Bagi mengalihkan perhatian dan sokongan ahli MIC daripada saya, Encik Vell Paari sedang cuba sedaya upaya untuk menyalahkan pihak ketiga. Saya nak nasihatkan beliau, “jangan salahkan pentas kalau tak tahu menari.” Akur dengan kelemahan diri dan insaf. Parti MIC lebih penting dari kepentingan diri.

2. Encik Vell Paari juga telah menyatakan bahawa UMNO adalah punca kepada segala masalah yang menyelubungi Barisan Nasional terutamanya MIC. Ingin saya jelaskan disini, MIC pernah menjadi sebuah parti yang kukuh dan kuat dalam mempertahankan kepentingan masyarakat India tetapi itu adalah sejarah. MIC menjadi lemah kerana kepimpinannya yang hanya mementingkan diri dan lemah dari segi strategi politik. Tidak ada hala tuju dan strategi politik yang betul menyebabkan parti menjadi lemah.

3. Kegagalan Dato Seri S.Samy Vellu memainkan kuasa politik sebagai “check & balance” dalam Barisan Nasional adalah punca utama kenapa masyarakat India menjauhi BN. Dato’ Seri S.Samy Vellu telah menjadi presiden MIC selama 30 tahun dan beliau adalah satu-satunya Menteri Kabinet yang mewakili masyarakat India. Kenapa beliau membisu selama 30 tahun apabila dasar BN tidak memberikan hak yang sama kepada semua komponen parti? Kenapa hanya kini beliau hendak salahkan parti komponen lain padahal setiap tahun bila diadakan AGM parti, beliau tidak pernah ketinggalan dari memuji Perdana Menteri. Apakah beliau bersandiwara?

4. Semua ahli CWC, ahli MIC dan masyarakat India tahu bahawa Dato’ Seri S.Samy Vellu tidak bercakap bagi pihak masyarakat India mahupun untuk parti dalam mesyuarat Kabinet atau mesyuarat Majlis Tertinggi BN. Ini telah diakui sendiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir.

Jadi saya ingin nasihatkan Encik Vell Paari agar jangan menuding jari kepada pihak ketiga bagi mengalihkan perhatian masyarakat. Masyarakat India dah matang dan mainan silap mata beliau tidak lebih dari satu lawak jenaka. Satu-satunya ubatnya yang paling berkesan untuk memulihkan MIC sekarang adalah pengunduran Dato’ Seri S.Samy Vellu dengan segerasupaya Timbalan Presiden boleh mengambil alih kepimpinan parti dan merangka strategi politik yang betul dan berkesan.

3 comments:

  1. Fantastic...
    It's better for everyone to realize now..
    what we have done, what we have failed to do & what we should do.

    Better late than never...
    Come on people, come gather on 30.05 to show our unity...

    Ondru pattaal undu vaazhvu..

    ReplyDelete
  2. kepada mugilan

    aku adalah penulis blog gerakan anti pkr aka GAP.

    aku telah istiharkan perang kepada samy velu..

    aku ada rahsia samy velu.

    ReplyDelete
  3. GAP please write in to gasgerakanantisamy@gmail.com

    ReplyDelete